20 Teka Teki Lucu dan Jawapan

Selamat datang ke entri kami mengenai 20 teka teki lucu dan jawapan. Kami kumpulkan teka teki yang disediakan disini melalui sumber internet. Diharap anda menyukainya. Berikut merupakan teka teki yang disediakan.

Ikan apa banyak di atas jalan raya?

  • Kelisa.

Datuk apa boleh terbang?

  • Datuk burung.

Binatang apa selalu sakit perut?

  • Ikan kembung.

Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?

  • Bayang-bayang istana.

Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?

  • Jambatan.

Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?

  • Satu, sebab dah mati.

Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?

  • Bapa awak.

Bom apa tidak meletup?

  • Bomba.

Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?

  • Jamban.

Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?

  • Cukai jalan.

Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?

  • Itik beradik.

Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?

  • Burung raja udang.

Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?

  • Hingus.

Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?

  • 4 ekor burung.

Berapa kaki seekor kerbau?

  • 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?

  • Kedua-dua tak boleh terbang.

Binatang apa paling dibenci anjing laut?

  • Kucing laut.

Adakah ayam berkokok siang-siang?

  • Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).

Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?

  • Telur.

Ayam apa yang bertelur di mana saja?

  • Ayam betina.

Diharap anda terhibur dengan teka teki lucu yang disediakan disini. Terima Kasih.